PEMANDANGAN di Putrajaya berjerebu dengan bacaan IPU 202 (sangat tidak sihat) ketika dirakam pada jam 10 pagi. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor.
Siti A’isyah Sukaimi


ISTIADAT Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 yang ditetapkan esok di Dataran Pahlawan Negara, di Putrajaya, ditangguhkan berikutan keadaan jerebu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang sangat tidak sihat.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi kenyataan ringkas dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini.

“Bagaimanapun, acara seperti Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat serta Khutbah Khas dan Solat Jumaat sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 akan diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 September 2019 @ 1:38 PM