NAJIb (tengah) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Zulfadhli Zulkifli
Nasharuddin Muhammad dan Murni Wan Omar


BEKAS pegawai khas, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, menafikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau gagal memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) bahawa Sultan Terengganu tidak menyukai ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding bicara kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Muhammad Shafee membangkitkan isu berhubung Jho Low berminat dengan sumber gas dan minyak yang terdapat di Terengganu.

SHAFEE: Kamu tahu berhubung perkara ini. Ada dia (Jho Low) beritahu kamu berhubung hasrat tinggi ini?

AMHARI: Tidak.

SHAFEE: Bukankah ini salah satu sebab kenapa Sultan Terengganu tidak gembira dengan Jho Low, kerana dia memanipulasi Lembaga Pelaburan Terengganu atau (TIA)?

AMHARI: Saya tidak tahu.

SHAFEE: (merujuk kepada minit mesyuarat) Anda tahu ada satu peringkat, Sultan Terengganu mengambarkan Jho Low sebagai ‘unsavoury character’ (seseorang yang mempunyai karakter yang tidak baik)?

AMHARI: Saya tidak tahu begitu.

SHAFEE: Jho Low terkenal di Terengganu dengan karakter itu. Kamu tahu Sultan Terengganu tidak suka dia (Jho Low) tetapi kamu gagal beritahu ketua kamu di PMO?

AMHARI: Saya tidak setuju.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah sedang berjalan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 September 2019 @ 11:01 AM