TANAH Kampung Baru yang akan dinaik taraf. FOTO Mohd Yusni Ariffin


Pemilik dan pewaris Tanah Kampung Baru masih tidak bersetuju dengan kemungkinan kenaikan dua hingga lima peratus seperti yang dicadangkan.

Pemilik di Kampung Periuk, Kampung Baru, Gamal Nasarudin Mohd Ali, 54 berkata, kenaikan yang dicadangkan itu dilihat terlalu sikit.

“Semalam, saya hadir saya lihat pembangunan warisan yang dicadangkan itu memang cantik. Cuma harga yang ditawarkan itu tidak rasional.

“Target (sasaran) pemilik Kampung Baru nak setaraf KLCC tapi kena relevan. Maksimum yang saya minta adalah RM1,200.

“Oleh itu, kita minta agar mereka ‘top up’ lagi sikit. Jadi saya berharap Menteri (Khalid Abdul Samad) mencadangkan harga lebih tinggi kepada Dr Mahathir,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, kerajaan menawarkan harga RM850 setiap kaki persegi (0.0929 meter persegi) atau RM6 juta bagi lot 8,000 kaki persegi (743.22 meter persegi) untuk pembangunan semula di Kampung Baru.

Namun, rata-rata pemilik dan pewaris tanah kurang bersetuju dengan harga tawaran yang diberikan oleh kerajaan itu.

Hari ini, Khalid dilaporkan berkata, beliau akan tanya berbincang dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai tawaran harga yang lebih tinggi untuk pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru.

Beliau dilaporkan berkata, kemungkinan kenaikan itu mungkin membabitkan dua hingga lima peratus namun ia tertakluk dengan persetujuan Dr Mahathir.

Sementara itu, pemilik tanah di Kampung Hujung Pasir, Kampung Baru, Sementara itu, Ahmad Kamarulzaman Yacob, 51 berkata, ramai penduduk mengharapkan tawaran harga itu membabitkan lebih RM1,000 sekaki persegi.

Menurutnya, cadangan tawaran dua hingga lima peratus itu masih terlalu sikit.

“Kebanyakannya memang tak setuju dengan harga yang ditawarkan. Saya rasa yang setuju hanya 30 peratus saja.

“Namun, semalam hanya baru saja sesi town hall. Belum ‘final’ lagi. Jadi kami berharap ada tawar yang lebih baik nanti,” katanya.

Berita berkaitan:

  • Naik pun mungkin dua ke lima peratus
  • Empat tawaran untuk pemilik, pewaris tanah Kampung Baru
  • Bukan nak keluarkan Melayu - PM
  • 'Kita nak beli, bangunkan untuk orang Melayu' [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 September 2019 @ 9:47 PM