MEDIA menunggu di luar mahkamah bagi keputusan inkues kematian Muhammad Adib. FOTO Roslin Mat Tahir
MEDIA menunggu di luar mahkamah bagi keputusan inkues kematian Muhammad Adib. FOTO Roslin Mat Tahir
Syah Rul Aswari Abdullah dan Sarah Zulkifli dan Suraya Roslan.


TUNANG kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pertama kali dilihat pada prosiding inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini.

Nurul Najihah Mohd Radzi, 25, tiba di mahkamah kira-kira 9 pagi bagi mengikuti prosiding keputusan inkues itu.

Turut kelihatan, abang kepada Allahyarham Muhammad Adib, Muhammad Asyraf, 31.

Sepanjang prosiding inkues selama 41 hari bermula 11 Februari lalu, seramai 30 saksi memberi keterangan dengan 137 eksibit dikemukakan.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

  • Lagi berita berkaitan Inkues Adib
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 September 2019 @ 9:16 AM