SHAHROL Azral ketika hadir di mahkamah, hari ini. FOTO Zunnur Al Shafiq
Nasharuddin Muhammad dan Murni Wan Omar


SAKSI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low tidak menerima sebarang bayaran atas perkhidmatannya di Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi mengesahkan perkara itu ketika menjawab soalan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

SHAFEE: Adakah Jho Low dibayar atas perkhidmatannya di dalam TIA?

SHAHROL: Tidak.

SHAFEE: Dia seorang ahli perniagaan, kerja banyak sehingga lewat untuk temujanji, tidak terima bayaran untuk kerja di TIA, buat kerja secara pro bono (percuma) dan ambil duit berbilion. Baik hati orangnya. Kenapa Jho Low mahu habiskan banyak masa dia sedangkan dia tidak mendapat sebarang bayaran?

SHAHROL: Ia bukan pro bono (percuma) kerana dia mewakili kerajaan negeri Terengganu dan kemudian mewakili Kerajaan Persekutuan.

SHAFEE: Tidak, dia tidak dibayar?

SHAHROL: Ya, dia tidak dibayar.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah masih berjalan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Oktober 2019 @ 12:48 PM