LELAKI warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat pusat beli-belah. FOTO Ihsan Pembaca
Mohd Sabran Md Sani


LELAKI warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat pusat beli-belah di Johor Bahru, petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, mangsa, Tan San Choy, 68, dari Jalan Mohd Lazim, Sedeli Besar, Kota Tinggi ditemui terjatuh dalam kejadian 6 petang.

Katanya, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah JBS menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu.

“Mangsa jatuh dari bangunan pusat beli-belah di Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut diteruskan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihaknya berusaha mengesan keluarga mangsa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Oktober 2019 @ 10:46 PM