SAR oleh anggota bomba di sekitar Ampang sebelum ditangguhkan pada petang hari ini berikutan keadaan cuaca tidak mengizinkan. Foto Ihsan JBPM
Khairul Najib Asarulah Khan


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) Mohamad Danish Supri Antony, 9, terpaksa ditangguhkan pada 4 petang hari ini tadi berikutan faktor cuaca tidak mengizinkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Mohd Faizal Md Zain berkata, operasi SAR pada hari kelima itu dimulakan sejak 9 pagi sebelum ia ditangguhkan.

“Disebabkan faktor cuaca dan keselamatan anggota kita terpaksa tangguhkan seketika sebelum disambung semula esok.

“Buat masa ini, kita masih lagi tidak menemui sebarang petunjuk kedudukan mangsa,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, sebelum ini operasi pencarian mangsa membabitkan kawasan Sungai Kerayong, Sungai Kandis, Sungai Seputeh dan Sungai Klang dengan bantuan lima BBP di sepanjang sungai berkenaan.

“Kita juga sudah memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai skop operasi ini,” katanya.

Pada Selasa lalu, Harian Metro melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus deras sebaik terjatuh ke dalam longkang ketika bermain bersama beberapa rakannya di Bukit Permai, Ampang.

Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada 6.34 petang menggerakkan pasukan dari BBP Pandan Indah ke lokasi itu untuk operasi SAR.

Berita berkaitan

Skop pencarian dikecilkan

Cari Danish hingga ke Sungai Klang

Cari Danish guna dron

Mahu sambut hari lahir dengan badut

Tumpu 2 kawasan

Budak jatuh longkang dikhuatiri lemas

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 6:49 PM