FOTO HIASAN
Garret Dawum


BUDAK perempuan berusia 10 tahun di Lundu, dipercayai menjadi mangsa rogol datuknya sendiri, sejak Januari lalu.

Bagaimanapun, derita kanak-kanak itu berakhir apabila datuknya yang berusia 71 tahun ditahan di rumah mereka, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lundu, Inspektor Kumbat Tan berkata, perbuatan itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian dirogol suspek kepada gurunya.

“Selepas itu, guru terbabit memaklumkan kejadian kepada ibu mangsa yang berusia 35 tahun. Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan polis.

“Siasatan awal mendapati perbuatan itu dilakukan sejak Januari lalu dan kali terakhir pada September,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kumbat berkata, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Oktober 2019 @ 11:14 AM