FOTO Hiasan
Khairul Najib Asarulah Khan


LELAKI yang didakwa membunuh wanita warga emas di Pangsapuri PKNS, Jalan Tasik Tambahan 2, Ampang akan dituduh di Mahkamah Majistret, esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, lelaki berusia 27 tahun itu menghadapi tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, Seksyen 376 (rogol) dan Seksyen 377C kanun sama kerana melakukan seks luar tabii.

“Polis berjaya menjejaki suspek susulan pendedahan mengenai butiran orang dikehendaki, baru-baru ini.

“Suspek ditangkap pada 9 Oktober lalu di Puchong Jaya, Selangor, mempunyai dua rekod jenayah lampau berkait jenayah dan ujian saringannya didapati positif methamphetamine,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan, hari ini.

Pada 19 September lalu, Harian Metro melaporkan wanita berusia 85 tahun ditemui mati dalam keadaan tertiarap dan tangannya diikat, oleh anak keduanya berusia 61 tahun yang pulang dari tempat kerja.

Hasil bedah siasat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mendapati mangsa mati akibat lemas dan terdapat unsur jenayah.

Berita berkaitan:

  • Mati tertiarap, dua tangan diikat
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 9:46 PM