YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Pesta Malaysia 2019 di Tokyo. FOTO Instagram Istana Negara
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Pesta Malaysia 2019 di Tokyo. FOTO Instagram Istana Negara
Mohd Hilmie Hussin

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Pesta Malaysia 2019 di Tokyo, semalam.

Istana Negara menerusi satu kenyataan memberitahu, pesta itu berlangsung di aman Shinjuku Chuo, Shinjuku Tokyo selama tiga hari dan akan berakhir esok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, lawatan terbabit adalah inisiatif baginda yang mahu berinteraksi dengan rakyat Malaysia di Tokyo.

Beliau berkata, lawatan Al-Sultan Abdullah membuktikan hubungan baginda dengan rakyat sangat dekat walaupun berada di Jepun.

Baginda ke pesta itu adalah sebahagian daripada acara sampingan susulan lawatan peribadinya selama empat hari ke negara matahari terbit yang dijangka berakhir esok.

Menurutnya, keberangkatan baginda juga adalah atas jemputan Presiden Bahagian Mastercard (rantau Indonesia, Malaysia dan Brunei) Safdar Khan, bagi menyaksikan perlawanan akhir Ragbi Piala Dunia 2019.

“Baginda turut meninjau gerai yang mengambil bahagian dan beramah mesra dengan pengunjung serta menyantap hidangan yang disediakan khas oleh Persatuan Wanita Kementerian Luar Negara (PERWAKILAN) Tokyo.

“Keberangkatan Al-Sultan Abdullah mencerminkan komitmen dan sokongan tidak terhingga baginda terhadap usaha dan inisiatif mempromosikan Malaysia kepada dunia,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah memalu gong sebagai tanda merasmikan Pesta Malaysia, sejurus selepas ucapan Duta MAlaysia ke Jepun, Datuk Kennedy Jawan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 November 2019 @ 2:57 PM