FARIDAH (kanan) berkempen bagi mendapatkan sokongan pengundi di Tanjung Piai. FOTO Mohd Sabran Md Sani
Mohd Sabran Md Sani

CALON Bebas, Faridah Aryani Abdul Ghaffar, 45, terus mendapat sokongan orang kuat teksi ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Tanjung Piai.

Kehadiran Yang Dipertua Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain menyuntik semangat Faridah bersama pasukannya menambat hati pengundi Tanjung Piai.

Kamarudin berkata, buat julung kali, calon GTSM itu bagi membawa suara rakyat khususnya golongan B40 membabitkan semua industri pengangkutan awam.

“Mesej yang ingin kami sampaikan kepada masyarakat supaya mengambil peluang Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk membuat perubahan di Tanjung Piai.

“Jika dilihat sebelum ini kami memberi kepercayaan kepada BN dan PH, malangnya bila menang mereka melupakan kita (pemandu teksi),” katanya di restoran makanan segera di sini, semalam.

Katanya, kemarahan mereka terbukti apabila 10 memorandum kepada kedua-dua parti besar itu tidak dilayan.

“Sebab itu, kami meletakkan calon pada PRK Tanjung Piai bagi mewakili B40,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 November 2019 @ 6:01 AM