PREMIS pusat urut antara enam premis yang diserbu Jabatan Imigresen. FOTO ihsan Imigresen
Shamsul Munir Safini


PREMIS pusat urut antara enam premis yang diserbu Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang dalam satu siri operasi bersepadu di sekitar negeri ini kelmarin.

Operasi bermula 9 malam sehingga lewat tengah malam itu, 25 warga asing ditahan di kesemua premis yang diperiksa.

Pengarah JIM negeri, Mohamad Husni Mahmud berkata, pihaknya menahan 12 wanita Indonesia, tiga lelaki Myanmar, tujuh lelaki Indonesia, seorang wanita India dan dua lelaki masing masing-masing dari Myanmar dan India.

Menurutnya, selain pusat urut, premis lain yang diperiksa ialah unit kediaman pangsapuri dihuni warga asing.

“Kesemua yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sosial selain ada yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka ditahan bagi tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 9:46 AM