TERTUDUH ketika hadir di mahkamah. FOTO Effendy Rashid
Muhammad Apendy Issahak


BURUH diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, terhadap pertuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 13 tahun,

Hakim Datuk Julie Lack Abdullah membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang berusia 39 tahun.

Julie Lack kemudian menetapkan 20 dan 21 Januari tahun hadapan bagi pembelaan kes berkenaan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebatan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim, manakala tertuduh diwakili peguam-peguam, Keshvinder Singh, Sukhdave Singh dan S Teeban.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 10:48 AM