ANWAR. FOTO arkib NSTP
Mohd Husni Mohd Noor


PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hadir ke mesyuarat biro politik parti malam esok bagi memberi penjelasan lanjut mengenai isu pertemuan sulit antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, sebagai Timbalan Presiden parti, beliau (Mohamed Azmin) wajib hadir mesyuarat berkenaan.

“Tentu kita akan minta penjelasan dulu. Gejala ini menimbulkan banyak persoalan oleh rakan-rakan, jadi memang patut beliau beri penjelasan.

“Lebih baik beri penjelasan sama ada pertemuan atas kapasiti parti atau kerajaan.

“Tapi kalau atas kapasiti kerajaan, mengapa Ahli Parlimen lain tidak diundang,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau demikian ketika diminta mengulas pertemuan sulit antara Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi bersama beberapa Ahli Parlimen BN dan PKR di di Presint 10, Putrajaya, malam tadi.

Ditanya mengenai kewajaran pertemuan itu diadakan selepas kekalahan besar PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Anwar berkata, ia mencerminkan seolah-olah mereka tidak belajar daripada kekalahan dialami.

“Kadang-kadang, beberapa kawan kita ini tidak belajar daripada pengalaman kekalahan parah di Tanjung Piai,” katanya.

Berita berkaitan

Majlis Presiden PH tak tahu - Dr Xavier

UMNO akan siasat!

'Saya tak tahu pun..' - Mujahid

Wan Azizah sindir Azmin

Saya tak tahu apa dibincangkan - PM

Azmin jumpa Ahli Parlimen BN

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 3:25 PM