ANTARA lokasi yang dilanda banjir di Setiu, semalam. FOTO ihsan APM
ANTARA lokasi yang dilanda banjir di Setiu, semalam. FOTO ihsan APM
Norizuan Shamsuddin


SERAMAI 41 individu dari sembilan keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Surau Kampung Seladang, Setiu, hari ini selepas kediaman mereka dinaiki air.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata, PPS terbabit dibuka bermula 12 tengah hari.

“Seramai 41 mangsa membabitkan 17 lelaki dewasa, 11 wanita dewasa, sembilan kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan dipindahkan ke PPS berkenaan.

“Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) turut di buka di kawasan berkenaan pada jam 12.30 tengahari.

“Sehingga kini dua PPS di buka di negeri ini termasuk PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang, Besut yang menempatkan 24 mangsa dari lapan keluarga,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 November 2019 @ 2:29 PM