KAWASAN di Pekan Rantau Panjang dilimpahi air Sungai Golok disebabkan hujan berterusan beberapa hari, di Kelantan. FOTO Syaherah Mustafa
Siti Nor Hidayatidayu Razali


JUMLAH mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 10,281 mangsa membabitkan 3,520 keluarga sehingga 8 pagi ini berbanding 9 malam tadi 10,163 orang.

Mereka ditempatkan di 83 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Jeli dan Kuala Krai.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Pasir Mas terus meningkat kepada 5,852 mangsa daripada 2,291 keluarga di 28 PPS.

Mangsa banjir di Kuala Krai, seramai 1,075 orang daripada 265 keluarga di 16 PPS. Manakala, Kota Bharu mencatatkan 733 mangsa daripada 209 keluarga di lima PPS dan Pasir Puteh seramai 826 mangsa daripada 219 keluarga di lapan PPS.

Tanah Merah membabitkan 642 mangsa daripada 179 keluarga di 13 PPS, Machang 203 mangsa daripada 61 keluarga di enam PPS dan Bachok mencatatkan 179 mangsa daripada 44 keluarga di dua PPS.

Manakala, di Jeli pula 131 mangsa daripada 32 keluarga di dua PPS. Jumlah mangsa di Tumpat seramai 619 orang daripada 190 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 9:09 AM