KAWASAN di Pekan Rantau Panjang dilimpahi air Sungai Golok disebabkan hujan berterusan beberapa hari, di Kelantan. FOTO Syaherah Mustafa
Siti Nor Hidayatidayu Razali


MANGSA banjir di Kelantan meningkat kepada 12,087 daripada 4,177 keluarga sehingga 10 pagi ini berbanding 10,281 orang 8 pagi tadi.

Mereka ditempatkan di 77 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Bachok dan Kuala Krai.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan PPS di Jeli ditutup sejak pagi tadi.

Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas terus meningkat kepada 7,933 daripada 3,053 keluarga di 29 PPS.

Mangsa banjir di Kuala Krai, seramai 1,039 orang daripada 255 keluarga di 14 PPS. Manakala, Kota Bharu mencatatkan 733 mangsa daripada 209 keluarga di lima PPS dan Pasir Puteh seramai 826 mangsa daripada 219 keluarga di lapan PPS.

Tanah Merah membabitkan 606 mangsa daripada 164 keluarga di 12 PPS, Machang 152 mangsa daripada 43 keluarga di enam PPS dan Bachok mencatatkan 179 mangsa daripada 44 keluarga di dua PPS.

Manakala, jumlah mangsa di Tumpat seramai 619 orang daripada 190 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 10:44 AM