GAMBAR hiasan
Siti Azila Alias


INISIATIF #MalaysiaKerja ([email protected]) bagi mewujudkan peluang pekerjaan lebih baik untuk belia dan wanita akan dilaksanakan mulai Jun tahun depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diberi tanggungjawab penuh untuk menguruskan agihan peruntukan RM6.5 bilion bagi menjayakan program berkenaan.

Katanya, ketika ini persiapan sedang giat dilakukan agensi terbabit termasuk penyediaan mekanisme dalam memastikan matlamat mewujudkan tambahan 350,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dapat dicapai seperti yang dirancang.

“Kita menjangkakan untuk melancarkan inisiatif ini pada pertengahan tahun depan dan menyerahkan kepada KWSP selaku agensi profesional menguruskan sepenuhnya inisiatif ini.

“Inisiatif ini khusus untuk mereka yang tidak memperoleh pekerjaan khususnya belia, graduan dan wanita kerana kita memang tahu kadar pengangguran dalam kalangan belia dan orang muda tinggi.

“Justeru, dengan adanya #MalaysiaKerja menerusi pemberian imbuhan ini, kita harap dapat turunkan separuh daripada kadar pengangguran di kalangan orang muda yang kini hampir 11 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program latihan pengurusan krisis dan sumbangan mesin gergaji rantai di Kawasan Parlimen Bagan, hari ini.

LIM Guan Eng (tiga kiri) menyerahkan mesin gergaji rantai dan peralatan lain digunakan anggota bomba. FOTO Mikail Ong

Pada program terbabit, beliau turut menyerahkan 24 mesin gergaji rantai serta 14 alat pelindung diri kepada 11 penerima terdiri daripada Persatuan Bomba Sukarela Bagan Ajam; Pusat Khidmat Adun Bagan Jermal, Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dan Balai Polis Mak Mandin, dengan jumlah peruntukan keseluruhan berjumlah RM30,000.

Inisiatif [email protected] bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia dan wanita sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.

Ia dibahagikan kepada empat komponen yang disasarkan kepada pekerja dan majikan iaitu #GraduanKerja ([email protected]), “#WanitaKerja ([email protected]), #WatanKerja ([email protected]) dan #PerantisKerja ([email protected]).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Disember 2019 @ 2:43 PM