Keadaan banjir yang semakin surut di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat hari ini. Foto Syamsi Suhaimi
Muhamaad Razis Ismail

HANYA dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi untuk menempatkan mangsa banjir di Kelantan sehingga petang hari ini.

Sehingga 6 petang ini, seramai 66 orang daripada 20 keluarga masih ditempatkan di PPS Pasir Mas dan Tumpat.

Jumlah itu, menurun berbanding 807 orang yang direkodkan pada pagi hari ini.

Berdasarkan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa tertinggi direkodkan di Pasir Mas iaitu 50 mangsa membabitkan 18 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong.

Di Tumpat pula, jumlah mangsa turut menurun kepada 16 orang membabitkan dua keluarga yang ditempatkan di SK Pengkalan Kubor 2.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 8:15 PM