IKLAN yang tersebar di media sosial.
Nurul Hidayah Bahaudin dan Faliq Lajim


OPERATOR iklan aplikasi temu janji yang dikatakan berunsur lucah sudah diberi notis amaran oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

YWP dalam kenyataan menyebut, pengendali itu dipanggil hari ini, selain diarah untuk memberikan surat tunjuk sebab.

“YWP mengambil tindakan segera dengan menghubungi syarikat operator berkenaan dan mengarahkan agar paparan itu dihentikan dan diturunkan dengan segera.

“Pemeriksaan pada 9.45 malam (semalam) di lokasi, mendapati ia sudah diturunkan sebagaimana arahan,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, YWP memberitahu menerima aduan mengenai iklan itu di Mont Kiara dan Bangsar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd [email protected] ketika dihubungi berkata, tidak menerima sebarang laporan mengenai paparan iklan itu.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai iklan itu yang dikatakan mempromosi tawaran ‘sugar daddy’ kepada wanita muda dan cantik.

Harian Metro turut melaporkan iklan itu tiada kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga YWP.

Berita berkaitan

Iklan 'sugar daddy' ditarik balik

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 3:23 PM