G Saminathan, 34, ketika dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Melaka, hari ini. FOTO Rasul Azli Samad.
G Saminathan, 34, ketika dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Melaka, hari ini. FOTO Rasul Azli Samad.
Rizanizam Abdul Hamid


MAHKAMAH Sesyen Melaka, hari ini menolak permohonan jaminan tiga individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), berhubung pembabitan mereka dalam kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) pada November 2018.

Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu terhadap ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaren, 60; ADUN Gadek G Saminathan, 34, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), S Chandru, 38.

Elesabet dalam penghakimannya menjelaskan, antara sebab permohonan ditolak kerana pertuduhan dihadapi mereka berkaitan keselamatan negara.

Selain itu, katanya, pembelaan gagal menimbulkan merit dan keadaan khas mengapa jaminan diperlukan oleh semua tertuduh.

Prosiding hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muzila Mohamed Arsad dan Hayatul Wirdah Mohd, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Ramkarpal Singh.

Berita berkaitan

Keputusan jamin 2 ADUN, CEO esok [METROTV]

Tolak jaminan tertuduh berkaitan LTTE [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 4:29 PM
Digital NSTP Subscribe