SERPIHAN pesawat Ukraine International Airlines yang terhempas. FOTO Reuters / WANA
SERPIHAN pesawat Ukraine International Airlines yang terhempas. FOTO Reuters / WANA
BERNAMA

KEMENTERIAN Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Ukraine International Airlines yang terhempas di Iran, semalam.

“Kementerian ingin merakamkan takziah dan simpati kepada anggota keluarga dan orang tersayang, serta negara asal penumpang dan anak kapal, yang terkorban dalam tragedi itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dilaporkan pesawat Boeing 737 yang membawa 176 penumpang itu terhempas sejurus berlepas daripada Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran.

Pesawat Ukraine itu dalam perjalanan ke Kiev ketika ia terhempas dengan serpihan dan bahagian enjin pesawat itu ditemukan kira-kira 10 kilometer dari lapangan terbang itu di barat Tehran, menurut laporan media.

Berita berkaitan:

  • Pesawat Ukraine terhempas di Iran

  • Tiada mangsa terselamat
  • Bukan sebab peluru berpandu...
  • Kotak hitam sudah dijumpai
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 January 2020 @ 12:44 AM