SUSPEK yang menikam kanak-kanak ketika dibawa ke Mahkamah Sungai Petani, hari ini. FOTO Nor Farhani Che Ad.
Nor Farhani Che Ad


LELAKI yang menikam kanak-kanak lima tahun di perut, semalam direman selama tujuh hari sehingga Ahad (19 Januari).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Mohammad Alif Abdul Aziz, hari ini.

“Suspek yang berusia 27 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, kanak-kanak perempuan lima tahun parah selepas ditikam suspek di Kampung Keda Che Bema, Sungai Layar, Sungai Petani.

Susulan kejadian, polis berjaya menahan suspek di rumahnya yang terletak 50 meter dari rumah mangsa dan merampas pisau yang dibuang di kawasan semak di hadapan rumah.

Berita berkaitan

Budak 5 tahun parah ditikam

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 January 2020 @ 2:25 PM