KENTO Momota. FOTO arkib NSTP
KENTO Momota. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

PEMAIN badminton nombor satu dunia Kento Momota dan tiga lagi yang cedera dalam kemalangan awal pagi di KM13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di Serdang, dipercayai keluar daripada Hospital Putrajaya, malam tadi.

Media yang telah mengikuti pergerakan kumpulan itu selepas tersebar berita megenai Momota yang akan pulang ke Jepun pada awal Rabu, melihat dua kenderaan konvoi tiba di hotel dekat sini.

Seorang lelaki yang dengan pembalut luka, dilihat keluar daripada satu daripada dua kenderaan MPV tersebut. Mereka dipercayai ditemani beberapa pegawai rasmi badminton daripada Jepun dan Malaysia.

Pada kejadian 4.40 pagi Isnin lalu, van yang dalam membawa Momota dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terlibat dalam perlanggaran dengan lori, menyebabkan pemandu van B Nageswarau, 24, maut di tempat kejadian manakala Momota, pembantu jurulatih Yu Hirayama, 35; pegawai fisioterapi Morimoto Akifumi, 42; dan William Thomas, 30, operator sistem Hawkeye, mengalami kecederaan.

Momota menjuarai kejohanan Masters Malaysia dengan menumpaskan bekas juara dunia dari Denmark Viktor Axelsen di peringkat akhir di Arena Axiata, Bukit Jalil pada Ahad.

Berita berkaitan:

  • Momota gantung raket dua bulan
  • Media Jepun 'kepung' Hospital Putrajaya
  • Kemalangan Momota bukan sabotaj
  • Joo Bong turut berduka nasib Momota
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 January 2020 @ 1:11 AM