PENGUNDI kurang upaya, Vincent Matusin, 50, ketika mengundi pada Pilihan Raya Kecil Kimanis di Sekolah Kebangsaan Our Lady Of Fatima di Kampung Kelatuan, Kimanis. FOTO Edmund Samunting
PENGUNDI kurang upaya, Vincent Matusin, 50, ketika mengundi pada Pilihan Raya Kecil Kimanis di Sekolah Kebangsaan Our Lady Of Fatima di Kampung Kelatuan, Kimanis. FOTO Edmund Samunting
Juwan Riduan


HARI mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis berjalan lancar di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dibuka sejak 7.30 pagi, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, setakat ini keadaan keselamatan terkawal dan proses mengundi berjalan dengan lancar.

"Kita menugaskan seberapa ramai pegawai dan anggota polis untuk mengawal keselamatan di semua PDM.

"Begitu juga di setiap saluran mengundi, kita tugaskan sekurang-kurangnya dua dan tiga anggota bergantung kepada bilangan pengundi di saluran berkenaan.

“Anggota ditugaskan untuk membuat kawalan bukan sahaja di dalam pusat mengundi tetapi di luar bagi tujuan melancarkan proses pengundian," katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjuan di SMK Bongawan di sini, hari ini.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu risau mengenai keselamatan kerana polis berada di mana-mana bagi menjaga keselamatan.

"Jangan risau tentang keselamatan kerana polis berada di mana-mana untuk membuat kawalan.

"Bukan sahaja dari Beaufort dan Papar, anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut turun bertugas bagi memastikan keselamatan terjamin," katanya.

PKR Kimanis menyaksikan seramai 29,618 jumlah pengundi membabitkan 68 saluran dan 19 PDM.

  • Lagi berita berkaitan PRK Kimanis
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 1:05 PM
    Digital NSTP Subscribe