ZULKIFLEE adalah bapa kepada Mohamad Amir, seorang daripada empat individu yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara Seberang Pintasan, Dungun.FOTO Imran Makhzan
ZULKIFLEE adalah bapa kepada Mohamad Amir, seorang daripada empat individu yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara Seberang Pintasan, Dungun.FOTO Imran Makhzan

“SAYA hanya ada dua anak, jika ditakdirkan Amir meninggal saya, ia pasti cukup menyedihkan,” kata Zulkiflee Zakaria, 52.

Zulkiflee adalah bapa kepada Mohamad Amir, 21, seorang daripada empat individu yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara Seberang Pintasan.

Tiga lagi yang dikhuatiri lemas pada kejadian 6.30 petang kelmarin ialah Mohamad Zul Fahmi Zuki, 21, Mohammad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, 21, dan Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21.

Zulkiflee berkata, selain Mohamad Amir Izzudin, 21, dia dikurniakan seorang anak perempuan berusia 14 tahun.

“Kedua-duanya anak kesayangan saya dan isteri, Rohani Ariffin. Amir juga anak harapan saya.

“Luluh hati saya sebaik mendapat panggilan yang memaklumkan Amir bersama tiga rakannya dikhuatiri lemas,” katanya hari ini.

Menurutnya, Amir aktif dalam silat olahraga sejak di sekolah menengah dan meneruskan minat terhadap sukan kegemarannya ketika meneruskan pelajaran di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin PSMZA Dungun.

“Atas kesungguhannya, dia terpilih mewakili Melaka pada Sukan Malaysia SUKMA di Johor Jun ini.

“Awal Januari lalu, ketika saya menghantarnya ke stesen bas untuk pulang ke Dungun, dia ada memberitahu mahu lebih kerap berlatih dengan gurunya, Mohd Faizul Abu Bakar, berusia 39 tahun, yang juga pensyarah PSMZA,” katanya.

Zulkiflee berkata, Amir turut memasang niat untuk mengharumkan nama Melaka dan menggondol pingat emas pada kejohanan SUKMA.

“Sepanjang pulang bercuti, Amir tidak menunjukkan sikap pelik dan saya tidak nampak sebarang perubahan pada dirinya.

“Petang semalam (kelmarin), dia ada menulis status dalam Facebook dengan menyertakan gambar keindahan pantai dengan menulis ‘Rest Time’.

“Saya baca status itu jam 7.15 petang dan saya ingat dia hanya bersiar di pantai itu dengan rakannya,” katanya.

Menurutnya, selepas menerima berita sedih itu, dia, isteri dan anak bertolak ke Dungun. Mereka tiba jam 3 pagi tadi.

“Selagi dia tidak ditemui, selagi itu hati saya risau. Saya berdoa pada Ilahi supaya anak dan rakannya segera ditemui.

“Jika Amir meninggal sekalipun, saya reda dan berdoa dapat menatap wajahnya buat kali terakhir,” katanya.

Berita berkaitan

Empat penuntut PSMZA belum ditemui

'Mangsa mungkin dah hanyut lebih jauh'

'Petanda kain pelikat koyak'

'Kes lemas kedua babitkan penuntut PSMZA'

'Kereta terbabas teringat anak'

'SAR empat penuntut PSMZA diteruskan'

'Mohamad Amir mahu wakil negara - Guru silat'

'[UPDATE] Terpisah dipukul ombak'

'4 penuntut politeknik dikhuatiri lemas [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 8:45 PM
Digital NSTP Subscribe