SLYMOCHOCO Premium produk pertama di Malaysia berbentuk seperti gula-gula membantu menurunkan berat badan.
Suliati Asri


SLYMOCHOCO HQ optimis mencapai sasaran pendaftaran lebih 5,000 pengedar dalam tempoh 12 bulan sepanjang tahun 2020 melalui pelancaran produk baharu keluarannya Slymochoco Premium.

Pengasasnya, Ahmad Afifi berkata, sasaran syarikat amat realistik dan mampu dicapai menerusi pelbagai strategi pemasaran dan pelan menarik sistem ejen berserta sistem reward kepada seluruh pengedar yang mengujakan.

“Kami melihat kelebihan dan keunikan produk ini yang tersendiri mampu membantu pengedar berkembang secara pantas.

“Pelbagai tawaran menarik seperti pemberian hadiah berupa wang tunai dan jongkong emas secara bulanan sebagai perangsang serta galakan kepada pengedar untuk bersaing secara sihat.

“Ia juga adalah galakan dan penghargaan daripada ibu pejabat (HQ) sendiri,” katanya.

Slymochoco Premium adalah produk pertama di Malaysia berbentuk seperti gula-gula yang dihasilkan bagi membantu menurunkan berat badan.

Menurut Ahmad, idea produk Slymochoco Premium dalam bentuk gula-gula ini adalah untuk memudahkan pengguna membawanya ke mana saja dan dibungkus di dalam tin yang eksklusif serta mudah disimpan.

Sementara itu, pengasas bersama, Mohd Nazrin Ismail berkata, selain penghasilan produk berkesan dan berkualiti, pihaknya juga fokus kepada pelbagai strategi untuk memberi kelebihan kepada pengedar.

Menurutnya, tahun ini, syarikat juga merancang pelbagai strategi pemasaran yang lebih besar seperti iklan di billboard sekitar lebuh raya utama sebanyak 50 buah dan pengiklanan secara dalam talian di medium media sosial utama.

Katanya, antara strategi yang akan diguna pakai terhadap pengedarnya termasuk kelas bimbingan intensif dan teknikal untuk pemasaran secara online dan offline.

“Kami juga akan sentiasa dibantu pengedar menerusi aktiviti team building dan pelbagai kelas serta seminar pemasaran.

“Selain itu juga, daripada tiga kategori pengedar iaitu Basic, Exclusive dan Premium, mereka akan diserap masuk ke dalam kumpulan istimewa iaitu Superior.

“Pengedar terawal yang menyertai juga bakal menikmati diskaun syarat asas pendaftaran. Selain itu, pengedar juga bukan saja dapat membantu masyarakat dengan manfaat produk, pengedar juga dapat menjana keuntungan runcit jualan dan reward bulanan daripada syarikat,” katanya.

Justeru, bagi mereka yang ingin menjadi pengedar Slymochoco Premium ini, hubungi Slymochoco HQ atau pengedar berdekatan di seluruh Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 6:01 AM