ANGGOTA keselamatan Turki ketika
BERNAMA

KEMENTERIAN Hal Ehwal Luar Negeri (MOFA) terus memantau setiap perkembangan yang berlaku susulan gempa bumi bermagnitud 6.7 yang melanda Wilayah Elaziq dan Malatya, Turki pada 24 Januari lalu.

MOFA dalam satu kenyataan di Putrajaya, hari ini menyatakan, tiada laporan menyatakan gempa bumi itu membabitkan rakyat Malaysia.

Menurut kementerian itu, epicenter gempa bumi itu dikesan berlaku kira-kira 565 kilometer (km) dari Ankara.

Menurut pihak berkuasa tempatan, gempa bumi itu setakat ini meragut 29 nyawa dan lebih 1,200 orang cedera.

“Kementerian ingin menyampaikan salam takziah kepada kerajaan dan rakyat Turki, terutama mereka yang terjejas oleh gempa bumi itu.

“Kami tetap bersama-sama rakyat Turki pada waktu kesukaran ini. Ingatan dan doa kami hulurkan kepada kaum keluarga mangsa gempa bumi yang dahsyat itu,” menurut kenyataan itu lagi.

Katanya, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan diminta menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara menerusi maklumat berikut:

KEDUTAAN MALAYSIA

•Koza Sokak No.56, Gaziosmanpasa

Cankaya 06700 Ankara, Republic of Turkey

•Telephone: +(90) 312 4463547/ 48

•Fax: +(90) 312 4464130

•E-mail: [email protected]

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI

•03-8887 4530

•03-8887 4570 (selepas waktu pejabat)

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 January 2020 @ 5:21 PM