ALIRAN trafik di Lebuhraya SILK kelihatan lancar ketika tinjauan aliran trafik orang ramai pulang ke kota selepas cuti umum sempena sambutan Tahun Baru Cina. FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA
ALIRAN trafik di Lebuhraya SILK kelihatan lancar ketika tinjauan aliran trafik orang ramai pulang ke kota selepas cuti umum sempena sambutan Tahun Baru Cina. FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA
Muhaamad Hafis Nawawi


ALIRAN trafik perlahan di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan berikutan cuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina setakat jam 3.25 petang ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui Twitter memaklumkan kesesakan berlaku di Jelapang ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Pulai.

Kawasan lain yang menunjukkan aliran trafik perlahan adalah di Gopeng ke Tapah, R&R Tapah ke Sungkai, Permatang Pauh ke Perai, Bukit Tambun ke Bandar Cassia dan Changkat Jering ke Kuala Kangsar sehingga ke Terowong Menora.

Hentian Pedas Linggi arah utara ke Port Dickson turut menunjukkan aliran trafik perlahan.

Selain itu, kesesakan turut berlaku di R&R Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Hentian Tangkak ke Jasin, Yong Peng ke Ayer Hitam, R&R Machap ke Simpang Renggam dan Kulai ke Sedenak.

Maklumat terkini boleh diperoleh menerusi talian bebas tol Plusline, 1-800-88-0000 dan Twitter @plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta twitternya @LLMinfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 5:08 PM