ANGGOTA bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran. FOTO Ihsan Bomba.
ANGGOTA bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran. FOTO Ihsan Bomba.
Balqis Jazimah Zahari


LIMA deretan rumah kayu di Kampung Kepayang, Ipoh musnah dalam kebakaran, hari ini.

Dalam kejadian 4 petang itu, sebuah kereta Proton Wira serta motosikal turut hangus.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ipoh, Mohd Khairul Jamil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.18 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dengan bantuan BBP Pasir Puteh serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru, Bercham dan Menglembu.

KEBAKARAN memusnahkan kediaman dan kenderaan. FOTO Ihsan Bomba.
KEBAKARAN memusnahkan kediaman dan kenderaan. FOTO Ihsan Bomba.

“Sebaik tiba, api sedang marak dan anggota bomba bertindak mengawal kebakaran sebelum memadam api sepenuhnya pada 5.47 petang.

“Kesemua rumah berkenaan musnah kira-kira 85 peratus, selain sebuah kereta Proton Wira dan sebuah motosikal turut hangus,” katanya.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana kesemua 16 penghuni tidak berada di rumah ketika itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Februari 2020 @ 9:32 PM