PENGUNJUNG menggunakan penutup hidung dan mulut bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, semalam. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

DUA lagi kes positif Covid-19 disahkan di Malaysia, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif yang dilaporkan setakat ini adalah sebanyak 21 kes.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, mereka membabitkan lelaki dan wanita rakyat China.

Kes ke-20 membabitkan lelaki warga China berusia 27 tahun yang juga ahli perniagaan yang dikesan bergejala ketika saringan kesihatan di pintu masuk negara di Bukit Kayu Hitam, semalam.

Sampel klinikal diambil dan beliau terus dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sebelum disahkan positif COVID-19, pagi tadi.

Sementara itu, kes ke-21 kes membabitkan wanita warga China, 32, yang menetap di Malaysia dan pulang ke China bagi melawat keluarga, 22 Januari sehingga 30 Januari lalu.

Sampel wanita itu juga disahkan positif COVID-19, pagi tadi.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Februari 2020 @ 1:15 PM