PROFESOR Dr Shafinar Ismail (kanan) menerima penanugerahan daripada Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim. FOTO Nazri Abu Bakar
PROFESOR Dr Shafinar Ismail (kanan) menerima penanugerahan daripada Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim. FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar

UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) Melaka mencatat sejarah menerima pentauliahan profesor wanita pertama sejak penubuhannya 36 tahun lalu.

Penganugerahan kepada Profesor Dr Shafinar Ismail , 45, itu disempurnakan Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim itu sekali gus memenuhi setiap usaha dan kegigihananya dalam bidang penyelidikan dan akademik.

Katanya, ianya amat bermakna berikutan mengiktiraf hasil usaha gigihnya dalam bidang penyelidikan dan penerbitan di kampus terbabit.

Beliau berkata, minat yang tinggi dalam bidang penyelidikan termasuk menguruskan penyeliaan program pasca siswazah dengan melahirkan ramai graduan sarjana dan kedoktoran meletakkan impak besar kepada universiti.

Malah tahun lalu, dia juga pernah menerima anugerah paling berprestij di UiTM Malaysia apabila dinobatkan sebagai penyelidik terbaik sempena Majlis Anugerah Akademik Universiti selain pelbagai anugerah di dalam dan luar negara.

“Saya bersyukur atas rezeki ini dan berharap lebih ramai profesor dapat dilahirkan oleh UiTM Melaka. Sesungguhnya rezeki ini adalah dari Allah SWT atas berkat kesungguhan, komitmen dan usaha yang berterusan dalam menjalankan penyelidikan, pengajaran, penyeliaan dan pelbagai aktiviti akademik yang lain.

“Justeru, setiap ahli akademik mesti bersikap rajin, konsisten, kreatif dan memiliki daya juang yang tinggi terhadap pelbagai cabaran dalam memastikan kejayaan dalam melaksanakan tugasan,” katanya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 12:26 PM
Digital NSTP Subscribe