PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali. FOTO Hairul Anuar Rahim
PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali. FOTO Hairul Anuar Rahim
Wartawan NSTP

TIADA sidang media atau pengumuman mengenai pembentukan kerajaan baharu dibuat selepas Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, malam ini.

Rata-rata Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, UMNO dan PAS, meninggalkan hotel secara beransur-ansur tanpa menemui media yang sedia menunggu sejak petang.

Ketika disapa dan ditanya mengenai majlis yang berlangsung malam ini, masing-masing kelihatan tersenyum sambil menunjukkan isyarat positif.

Antaranya termasuk Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, ketika ditanya menyifatkan pertemuan itu sebagai ‘agak bagus’ manakala Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin hanya berkata ‘esok’.

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, tidak memberi sebarang komen, sebaliknya memberi isyarat penuh yakin dengan pertemuan itu dengan menggenggam tangannya.

Sementara Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Hilman Idham, pula tersenyum ketika ditanya mengenai hasil pertemuan itu.

Terdahulu, media dimaklumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak hadir pada pertemuan itu, manakala sidang media yang dikatakan akan diadakan bagi mengumumkan sesuatu yang besar, tidak diadakan.

Bagaimanapun sumber dalaman mengesahkan sebarang pengumuman penting mengenai pembentukan kerajaan baharu hanya akan dibuat paling awal Rabu ini.

Berita berkaitan

Pengkhianatan Bersatu, segelintir ahli PKR [METROTV]

Dr Wan Azizah keluar naik Perodua Myvi

Krisis politik di Perak jadi panduan

Pertemuan pemimpin tertinggi tiga parti

130 kerusi memihak Tun M [METROTV]

Jangan khianati mandat rakyat

Kenderaan VIP tinggalkan Istana Negara [METROTV]

Tidak biadap terhadap Tun - Khalid Samad

Mohd Amar: Tunggu dan lihat

'Ya, semua diarahkan ke sini'

Zahid sudah ada di Istana Negara

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar [METROTV]

Pemimpin UMNO 'tutup mulut'

‘Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi’ [METROTV]

20 kenderaan VIP ke Istana Negara [METROTV]

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas' [METROTV]

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 10:17 PM
Digital NSTP Subscribe