MARIA Chin Abdullah. FOTO arkib NSTP
MARIA Chin Abdullah. FOTO arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


RAKYAT memberi mandat kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata, wakil Rakyat PH memikul tanggungjawab untuk menegakkan agenda reformasi, memastikan kemakmuran bersama dan memulihkan kuasa kepada pemilik yang sebenar iaitu rakyat.

“PH diberi amanah ini oleh rakyat berdasarkan premis bahawa kita merupakan pakatan parti-parti yang sama rata, bersama dengan parti Warisan, yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengganti.

“Perkara ini diulangi oleh Tun Dr Mahathir pada hari Jumaat dan dipersetujui secara sebulat suara oleh kepimpinan Pakatan,” katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Maria berkata, Majlis Presiden PH meletakkan kepercayaan kepada Mahathir untuk memutuskan tarikh perubahan itu berlaku.

“Cabaran akan terus dihadapi, dan banyak dasar pembaharuan perlu terus dilaksanakan seperti wawasan kesetaraan ekonomi, pilihan raya yang bersih dan adil, serta menghapuskan rasuah dari semua aspek kehidupan,” katanya.

Menurutnya, idealisme untuk merangsang rakyat bangkit melebihi daripada isu perebutan jawatan perdana menteri.

“Sekiranya penjajaran semula diperlukan, ia wajib dilakukan secara konsensus.

“Semangat PH untuk berkongsi kemakmuran dan merealisasikan pembaharuan demokratik mesti dikekalkan.

“Apa-apa perubahan lain mesti melalui proses pilihan raya yang demokratik. Sebarang percubaan untuk melakukan sebaliknya hanya menunjukkan ia bercanggah daripada kemahuan rakyat,” katanya.

Berita berkaitan

Wan Azizah, Anwar menghadap Agong

Mungkin lantik dua atau lebih TPM

'Insya-Allah kita akan teruskan perjuangan' - Azmin [METROTV]

‘Nyamuk dua tiga ekor ini akan kita bunuh’ [METROTV]

PH sudah berakhir

'Mungkin esok atau lusa. Bukan hari ini' [METROTV]

PKR masih okay [METROTV]

Pengkhianatan Bersatu, segelintir ahli PKR [METROTV]

Dr Wan Azizah keluar naik Perodua Myvi

Krisis politik di Perak jadi panduan

Pertemuan pemimpin tertinggi tiga parti [METROTV]

130 kerusi memihak Tun M [METROTV]

Jangan khianati mandat rakyat

Kenderaan VIP tinggalkan Istana Negara [METROTV]

Tidak biadap terhadap Tun - Khalid Samad

Mohd Amar: Tunggu dan lihat

'Ya, semua diarahkan ke sini'

Zahid sudah ada di Istana Negara

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar [METROTV]

Pemimpin UMNO 'tutup mulut'

‘Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi’ [METROTV]

20 kenderaan VIP ke Istana Negara [METROTV]

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas' [METROTV]

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 10:15 AM