ANWAR Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di ibu pejabat parti itu di sini, tengah hari ini.
ANWAR Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di ibu pejabat parti itu di sini, tengah hari ini.
BERNAMA

PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di ibu pejabat parti itu di sini, tengah hari ini.

Anwar tiba kira-kira 12.40 tengah hari dengan disambut laungan reformasi ratusan pengikutnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR menghadiri mesyuarat itu yang diadakan susulan perkembangan politik tanah air dipercayai ada kaitan dengan cubaan pembentukan kuasa politik negara.

Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Fuziah Saleh juga menyertai mesyuarat itu.

Turut serta ahli MPP, Datuk Abdullah Sani, Datuk Johari Abdul dan Dr Lee Boon Chye.

Turut kelihatan Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Pengelola Nik Nazmi Nik Ahmad dan pengasas bersama, yang juga bekas Timbalan Presiden, Syed Husin Ali.

Johari ketika ditemui media sebelum mesyuarat itu berkata mesyuarat itu akan membincangkan situasi terkini politik negara.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 1:44 PM
    Kabinet Malaysia 2020