MASZLEE Malik tiba di perkarangan pintu masuk pintu 2 Istana Negara berikutan dipercayai Ahli Parlimen akan mengadap Yang Dipertuan Agong di Istana Negara, Jalan Duta. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
MASZLEE Malik tiba di perkarangan pintu masuk pintu 2 Istana Negara berikutan dipercayai Ahli Parlimen akan mengadap Yang Dipertuan Agong di Istana Negara, Jalan Duta. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
Raja Noraina Raja Rahim dan Muhammad Yusri Muzamir


AHLI Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik tiba dilihat tiba di Istana Negara di sini, hari ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Pendidikan tiba menaiki Toyota Vellfire pada jam 11.48 pagi.

Beliau dipercayai akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan sokongan kepada pihak berkenaan untuk membentuk kerajaan baharu.

Ditanya mengenai siapa yang bakal memegang jawatan Perdana Menteri dan menteri lain, beliau hanya mengucapkan maju jaya.

“Selamat menjalankan tugas,” katanya ringkas sambil menyerahkan kotak minuman kepada petugas media yang menunggu di luar Pintu 2 Istana Negara.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 12:16 PM