PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Datuk Seri Najib Razak bersama Ahli Parlimen BN menaiki bas ke Istana Negara. FOTO Asyraf Hamzah
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Datuk Seri Najib Razak bersama Ahli Parlimen BN menaiki bas ke Istana Negara. FOTO Asyraf Hamzah
Mohd Nasaruddin Parzi


SEMUA Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah memasuki Istana Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dua bas membawa mereka semua memasuki pintu dua Istana Negara pada 3.35 petang, diiringi 28 kenderaan lain di belakangnya.

Terdahulu, semua Ahli Parlimen BN dan PAS berkumpul di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, untuk menghadiri majlis taklimat ringkas dan makan tengah hari.

Difahamkan, Ahli Parlimen BN akan berkumpul di Anjung Surau di Istana Negara sebelum bergerak secara berkumpulan memasuki istana untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Pagi tadi, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 3:44 PM
    Digital NSTP Subscribe