MUHAMMAD AZLEE ABDULLAH
MUHAMMAD AZLEE ABDULLAH
Zuliaty Zulkiffli


POLIS memberi amaran kepada pemimpin dan penyokong parti politik di Kedah supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat sehingga mencetuskan provokasi yang boleh mengakibatkan suasana panik di kalangan rakyat.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Muhammad Azlee Abdullah berkata, pihaknya berharap orang ramai menjaga sensitiviti kerana dibimbangi boleh menjejaskan ketenteraman awam dan kehormanian masyarakat.

“Saya menasihatkan orang ramai agar menghormati undang-undang dan proses demokrasi di negara ini.

“Jangan cetuskan provokasi dan apa jua tindakan yang diambil perlu berasaskan pada undang-undang sekali gus mengikut saluran yang sepatutnya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) di Alor Setar, hari ini.

Muhammad Azlee berkata, pihaknya tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati cuba mengganggu ketenteraman awam.

Katanya, pihak polis juga mengharapkan kerjasama berterusan daripada penyokong parti politik dan orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi.

“Kita akan terus memantau dan bersiap sedia bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini terus terjamin,” katanya.

Katanya, keadaan di negeri ini terkawal ketika situasi politik negara tidak menentu ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 4:17 PM
Digital NSTP Subscribe