SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bercakap ketika sidang media di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa (kiri). FOTO Asyraf Hamzah
SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bercakap ketika sidang media di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa (kiri). FOTO Asyraf Hamzah
Mohd Nasaruddin Parzi

BARISAN Nasional (BN) dan PAS menarik balik akuan bersumpah (SD) menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pendirian itu terpaksa dibuat berikutan wujud cadangan membentuk kerajaan perpaduan daripada Perdana Menteri.

“Kita buat ketetapan sokongan kepada Perdana Menteri untuk bentuk gabungan tanpa DAP terpaksa kita tarik balik.

“SD yang kita sampaikan kepada Yang Dipertuan Agong, beri sokongan kepada Perdana Menteri hanya terhad kepada membentuk gabungan baru tanpa DAP.

“Apa-apa selain daripada itu, sokongan tidak sah. Sokongan pada Ahad lalu kita tarik balik,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan, berkata gabungan pembangkang juga menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya mereka cuba untuk merampas kuasa daripada Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya kata beliau, apa yang berlaku adalah maklum balas terhadap kerajaan PH yang runtuh, selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) keluar PH dan beberapa pemimpin PKR umum keluar parti.

“Parti dalam kerajaan sudah berpecah dan pada peringkat awal, (kita) bersetuju pada dasar untuk bekerjasama di blok pembangkang.

“Kami dapat lebih 130 kerusi dan dalam proses terakhir untuk meterai satu pakatan baru iaitu Perikatan Nasional,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 8:39 PM
    Digital NSTP Subscribe