DR SAHRUDDIN JAMAL.
DR SAHRUDDIN JAMAL.
Mohamed Farid Noh dan Mohd Fahmi Mohd Yusof


MENTERI Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal, difahamkan sudah menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar pagi semalam, difahamkan untuk memaklumkan mengenai keadaan politik di Johor.

Bagaimanapun, sumber tidak mendedahkan lokasi pertemuan berkenaan.

Sehingga pagi ini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Dr Sahruddin berhubung status kerajaan negeri ditadbirnya.

Sementara itu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor Mazlan Bujang berkata, beliau tidak pernah menandatangani sebarang Akuan Bersumpah (SD) untuk menubuhkan kerajaan negeri baharu.

“Tiada sebarang perbincangan, BERSATU Johor tidak pernah diajak berbincang untuk sebarang kerjasama bagi menubuhkan kerjasama kerajaan baharu di Johor.

“Saya dan dua, tiga orang lagi sahabat saya (wakil rakyat) dalam BERSATU memang tidak ada menandatangani sebarang SD, tidak tahu pula rakan yang lain,” katanya dihubungi BH di sini, hari ini.

Semalam, Barisan Nasional (BN) Johor mendakwa yakin mewujudkan kerajaan baharu di negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Hasni Mohammad berkata, beliau akan mengemukakan permohonan mengadap dan berharap dapat mempersembahkan 33 SD daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong penubuhan kerajaan baharu di Johor.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Februari 2020 @ 2:54 PM
    Digital NSTP Subscribe