RONAN (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Colin Harvey menunjukkan koleksi Hello Kitty Career Plates.
RONAN (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Colin Harvey menunjukkan koleksi Hello Kitty Career Plates.
Rosyahaida Abdullah

PEMINAT kartun Hello Kitty kini berpeluang ‘menerokai peluang kerjaya’ bersama Hello Kitty dan 7-Eleven Malaysia menerusi Kempen Hello Kitty Career Plates yang berlangsung selama dua bulan di semua cawangan 7-Eleven seluruh negara.

Di bawah kempen terbabit, sebanyak 29 reka bentuk piring dalam pelbagai warna menarik boleh ditebus di mana-mana cawangan kedai serbaneka 24 jam itu dengan syarat mengumpulkan jumlah pelekat hasil pembelian produk terpilih di 7-Eleven.

Bagi mendapatkan pelekat terbabit, pelanggan perlu membelanjakan RM5 dan ke atas dalam satu resit yang melayakkan satu pelekat diperoleh.

Sekiranya pembelian turut membabitkan produk terpilih rakan kongsi 7-Eleven antaranya jenama seperti Cadbury, Mentos dan Wonda, pelanggan akan turut diberikan pelekat bonus.

Bagi setiap 14 pelekat kempen yang dikumpulkan, pelanggan layak menebus satu piring istimewa Hello Kitty, malah pelanggan yang ingin mendapatkannya dengan lebih cepat juga boleh membeli pada harga RM9.90 disertakan dengan tujuh pelekat.

Menariknya kempen ini, setiap reka bentuk piring terbabit menampilkan 29 kerjaya berlainan seperti juruterbang, atlet, angkasawan dan banyak lagi.

Pelekat sudah mula dikeluarkan sekarang sehingga 19 April manakala penebusan piring terbabit boleh dibuat sehingga 26 April 2020.

Dalam pada itu, bagi menambah keterujaan peminat kartun comel ini, pelanggan juga boleh menyertai peraduan ‘Jawab, Kongsi dan Menang’ untuk peluang memenangi dan menambah koleksi Hello Kitty Career Plates.

Untuk menyertainya, cuma layari Facebook 7-Eleven Malaysia bagi mengetahui soalan dan menyatakan jawapan di ruangan komen.

Pada masa sama, peserta juga perlu kongsikan ruangan komen terbabit ke laman Facebook peribadi peserta.


Secara keseluruhan, terdapat lapan pusingan bagi peraduan ini di mana hanya satu soalan perlu dijawab bagi setiap pusingan yang sah untuk dua hari.

Lapan pemenang bertuah akan dipilih untuk setiap pusingan dan peraduan ini yang bermula semalam (27 Februari) akan berlangsung sehingga 17 April 2020.

Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Ronan Lee berkata, pihaknya teruja dan berbesar hati untuk menganjurkan kempen penebusan itu yang disifatkan cukup istimewa dan menarik untuk pelanggan.

“Menerusi populariti karakter Hello Kitty kepunyaan Sanrio yang diminati ramai baik golongan kanak-kanak mahupun dewasa, kami yakin peminat watak ini akan memberi sokongan yang memberangsangkan.

“Melalui kempen ini, kami cuba menampilkan kelainan menerusi perkongsian mengenai kerjaya yang boleh diterokai kanak-kanak dan orang muda pada masa depan.

“Apa lagi setiap reka bentuk memaparkan pekerjaan berlainan, justeru, ia pasti menarik minat setiap golongan sama ada sudah berkerja mahupun yang masih belum memulakan kerjaya,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen penebusan koleksi Hello Kitty Career Plates, lawati www.7eleven.com.my atau ikuti 7-Eleven Malaysia di Facebook dan Instagram.

Sebarang masalah berhubung penebusan untuk kempen boleh terus menghubungi 018-371 1220 melalui aplikasi WhatsApp.

Selama 35 tahun sejak 1984, 7-Eleven Malaysia menjadi perintis dan pengendali terbesar kedai serbaneka 24-jam di Malaysia yang memberi perkhidmatan kepada lebih sejuta pelanggan setiap hari.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020 @ 8:05 AM
Digital NSTP Subscribe