Datuk Seri Hamzah Zainudin. FOTO arkib NSTP
Datuk Seri Hamzah Zainudin. FOTO arkib NSTP
Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim


INI bukan garis penamat tapi permulaan untuk membina negara lebih baik.

Demikian reaksi Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mengharapkan keadaan politik negara akan stabil selepas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, apa yang berlaku sebelum ini bukan saja menyebabkan perpecahan politik tetapi turut memberi kesan kepada rakyat dan ekonomi.

“Kita harus melihat kepentingan negara, rakyat untuk mengekalkan ekonomi dan menentukan politik negara stabil.

“Sebab itu saya merasakan Yang di-Pertuan Agong mengambil satu pendekatan untuk melihat kepentingan negara terjamin. Kita harus bersyukur kepada Allah SWT,” katanya ketika ditemui pemberita selepas bertemu Muhyiddin di kediamannya di Bukit Damansara di Kuala Lumpur, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Februari 2020 @ 6:22 PM
    Digital NSTP Subscribe