KAKITANGAN UIAM kampus Kuantan menerima 'hand sanitizer’ percuma yang disediakan Jabatan Teknologi Farmasi. FOTO Mohd Rafi Mamat
KAKITANGAN UIAM kampus Kuantan menerima 'hand sanitizer’ percuma yang disediakan Jabatan Teknologi Farmasi. FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


JABATAN Teknologi Farmasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan mengagihkan lebih 2,000 botol cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) kepada kakitangannya, hari ini.

Pengarahnya Prof Dr Muhammad Taher berkata inisiatif berkenaan dilakukan dalam usaha mencegah berlakunya penularan wabak Covid-19 dikalangan kakitangan yang bertugas di semua peringkat.

Menurutnya, minggu lalu pihaknya mengagihkan 10 botol cecair pembasmi kuman bersaiz 500 mililiter itu kepada Masjid Sultan Haji Ahmad UIAM untuk digunakan oleh mereka yang datang menunaikan solat Jumaat.

“Sebanyak 120 botol turut diberikan kepada hospital UIAM bagi kegunaan kakitangan yang sentiasa terdedah dengan pelbagai jenis penyakit berjangkit termasuk Covid-19 yang kini semakin menular di negara ini.

“Cecair pembasmi kuman ini dihasilkan oleh kakitangan Jabatan Teknologi Farmasi hanya bertujuan untuk diagihkan secara percuma kepada kakitangan UIAM selama dua hari bermula hari ini,” katanya.

Dr Muhammad berkata, pihaknya akan menyediakan lebih banyak cecair pembasmi kuman pada masa akan datang mengikut permintaan bagi membendung penularan wabak Covid-19 dikalangan kakitangan yang bertugas disemua peringkat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2020 @ 2:06 PM
    Digital NSTP Subscribe