ABDUL RAHIM ABDUL RAHMAN
ABDUL RAHIM ABDUL RAHMAN
Mohd Amin Jalil

UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai mengambil tindakan drastik apabila semua kuliah dan tutorial dilaksanakan secara dalam talian sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid-19 mulai hari ini hingga 27 Mac.

Timbalan Naib Canselor Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, semua aktiviti kerja di lapangan dan luar kelas ditangguhkan.

“Kami mengambil langkah pencegahan bagi mengelak penularan wabak Covid-19 apabila kuliah dilaksanakan secara dalam talian mulai hari ini hingga 27 Mac manakala aktiviti luar kelas juga ditangguhkan.

“Pelajar dibenarkan mengikuti kuliah secara dalam talian sama ada dari luar kampus atau dari rumah masing-masing.

“Pusat pengajian melalui pensyarah sudah memberi makluman kepada pelajar mengenai kaedah pengajaran serta pembelajaran secara dalam talian yang bakal digunakan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, selain itu, hanya staf akademik dibenarkan untuk bekerja di pejabat atau boleh juga melakukannya dari rumah.

“Kita mengharapkan situasi ini akan bertambah baik dan kembali reda secepat mungkin,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2020 @ 5:39 PM
    Digital NSTP Subscribe