GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Mohd Amin Jalil


ENAM hospital swasta di Negeri Sembilan semalam mengeluarkan kenyataan bersama mengenai sekatan kemasukan pelawat dalam menyokong Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan bagi menangani penyebaran wabak Covid-19.

Hospital terbabit ialah Hospital Columbia Asia, Hospital Pakar KPJ, Pusat Perubatan Mawar (MMC), Pusat Perubatan NSCMH dan Hospital Pakar SALAM Senawang di Seremban dan Pusat Perubatan Nilai.

Pihak pengurusan enam hospital terbabit memahami bahawa sekatan itu boleh mendatangkan kesulitan kepada pelawat dan pesakit.

“Bagaimanapun, keputusan itu diambil dengan teliti selepas mengkaji semula fasa pengurangan Covid-19 terkini yang menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memainkan peranan dalam membantu mengurangkan penyebaran wabak terbabit.

“Perkara ini juga bertujuan untuk melindungi kesejahteraan kesemua pesakit, doktor, jururawat dan kakitangan yang bekerja di organisasi penjagaan kesihatan.

“Pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam wad hospital kecuali bagi kes kecemasan. Jika diperlukan, hanya seorang pelawat saja dibenarkan untuk memasuki wad sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

“Sekatan ini akan berkuat kuasa dari 21 hingga 31 Mac 2020. Tindakan selanjutnya akan bergantung pada pengumuman akan datang mengenai PKP,” kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan penjelasan atau bantuan dengan menghubungi hospital swasta terbabit iaitu Hospital Columbia Asia Seremban di talian 06-603 3988, Hospital Pakar KPJ Seremban 06-767 7800, Pusat Perubatan Mawar 06-764 7048, Pusat Perubatan Nilai 06-850 5000, Pusat Perubatan NSCMH 06-763 1688 dan Hospital Pakar SALAM Senawang 06-675 1188.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 3:23 PM
    Digital NSTP Subscribe