Hidayah Bahaudin


PLAZA A arah utara dan selatan di Plaza Tol Pantai, Lebuhraya SPRINT ditutup sementara bermula 23 hingga 31 Mac ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) Shah Rizal Mohamed Fawzi berkata, penutupan itu selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, ia antara langkah proaktif pihaknya membantu kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini.

“Pengguna lebuh raya masih boleh menggunakan Plaza Tol Pantai B untuk membuat bayaran tol bagi destinasi yang dituju.

“Kami menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2020 @ 12:30 PM
    Digital NSTP Subscribe