Bot ronda APMM menjalankan pemantauan di sekitar perairan Kota Kinabalu. FOTO / JUWAN RIDUAN
Bot ronda APMM menjalankan pemantauan di sekitar perairan Kota Kinabalu. FOTO / JUWAN RIDUAN
Juwan Riduan


AGENSI Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Operasi Inter Agensi bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19 di Sabah.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata, operasi itu sudah dilaksanakan bermula semalam sehingga berakhir PKP.

“Kawasan operasi adalah kawasan tumpuan orang awam iaitu di Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA), Jeti Jesselton Point, Sutera Habour, Taman Tunku Abdul Rahman, Perairan Sepanggar dan Perairan Tanjung Aru.

“Pemantauan juga diperketatkan di sekitar perairan Pulau Gaya,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pergerakan dari Pulau Gaya ke tanah besar dihentikan serta merta kecuali hal-hal yang mustahak.

“Dengan ini APMM akan terus melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan,” katanya.

Katanya, pihaknya sudah menggerakkan dua bot ronda dengan kekuatan 11 anggota dalam operasi itu.

“Oleh itu, komuniti maritim dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepanjang pelaksanaan PKP.

“Tindakan ini dapat membantu memutuskan rangkaian penularan Covid-19 khususnya di negeri ini,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2020 @ 6:12 PM
    Digital NSTP Subscribe