X
Suraya Roslan


SERAMAI 80 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikesan positif Covid-19 setakat pagi hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini bukan disebabkan pengendalian kes positif Covid-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

“Bagaimanapun, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah pencegahan seperti disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan,” katanya.

ANTARA petugas barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur, kelmarin. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
ANTARA petugas barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur, kelmarin. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Kenyataan di Facebook rasminya itu turut menyertakan 30 hospital dan klinik kesihatan serta pejabat kesihatan yang anggota kesihatannya dijangkiti virus itu.

Hospital Teluk Intan mencatatkan jumlah yang tertinggi iaitu 39 orang positif Covid-19 diikuti Hospital Selayang (lima orang) manakala Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan pula empat orang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 12:37 PM
    Digital NSTP Subscribe