Hafidzul Hilmi Mohd Noor


UMAT Islam di seluruh negara diseru mendirikan solat hajat serentak esok selepas menunaikan solat Zohor di rumah masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara bagi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

“Berdasarkan taakulan (pendapat) saya, dengan ilham daripada-Nya, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing.

“Saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyahut titah Yang di-Pertuan Agong dengan melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zulkifli berkata, umat Islam turut dinasihatkan memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 4:34 PM