ISMAIL Sabri (tengah) pada sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini. FOTO BERNAMA
ISMAIL Sabri (tengah) pada sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini. FOTO BERNAMA
Amir Abd Hamid


SEJUMLAH RM5.68 juta atau 70 peratus dana Tabung Sumbangan Covid-19 akan diagihkan segera kepada rakyat khususnya golongan miskin.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, golongan berkenaan diutamakan dibantu berikutan lebih terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Beliau berkata, jumlah terkini kutipan dana Tabung Sumbangan Covid-19 adalah RM8.129 juta.

"Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga akan dipertanggungjawabkan dengan pengagihan bekalan makanan kepada rakyat termiskin dan mereka yang memenuhi syarat.

"Ini akan diumumkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 5:24 PM
    Digital NSTP Subscribe